Cari Blog Ini

Rabu, 17 Oktober 2012

22 Tanda Hari Kiamat Semakin Tiba...... 1. -Sembahyang diabaikan (diringan-ringankan). 2. -Keinginan nafsu syahwat digalakkan dan berleluasa disebarkan melalui iklan, buku, gambar, risalah atau film. 3. -Rakyat menjadi pemimpin dan kebanyakannya jahil mengenai agama dan banyak memberi fatwa yang menyesatkan pengikutnya. 4. -Perkara benar menjadi salah dan salah menjadi benar. Sukar untuk membedakan perk ara halal dan haram karena yang haram dianggap halal serta sebaliknya. 5. -Berbohong menjadi satu keperluan dalam hidup dan menganggap jika tidak berbohong sukar untuk hidup senang. 6. -Membayar zakat (harta, perniagaan dan pendapatan) dianggap beban. 7. -Orang yang hidup mengikut kehendak agama ditindas dan hati mereka sentiasa merintih karena maksiat berleluasa tetapi mereka tidak mampu mencegahnya. 8. -Turun hujan di luar musimnya dan hujan tidak memberi keuntungan kepada makhluk di muka bumi. 9. -Fenomena lelaki berkawin dengan lelaki (homoseksual) dan perempuan berkeinginan kepada perempuan (lesbian) semakin menjadi-jadi. 10. -Perempuan menguasai lelaki dengan memakai obat guna-guna, sihir dan amalan syaitan lain. 11. -Anak-anak mengingkari dan mendurhaka ibu bapak (ibu bapak menjadi kuli dan anak menjadi tuan). 12. -Kawan baik dilayani dengan kasar, manakala musuh diberi layanan baik. Kawan disangka lawan dan musuh dianggap sahabat serta memusuhi orang yang mengajak berbuat kebaikan. 13. -Dosa dipandang ringan malah bangga melakukannya seperti zina, minum arak, bergaul bebas antara lelaki dan perempuan, meninggalkan sembahyang, membuka aurat dan berjudi. 14. -Masjid dihias indah tetapi kosong, terpulau, berkunci dan banyak berlaku pencurian barang dimasjid yang berharga. 15. -Ramai yang sembahyang tetapi munafik dan berpura-pura. Di dalam sembahyang berjanji akan mengikut suruhan Allah tetapi di luar sembahyang melanggar perintahNya, 16. -Akan datang golongan manusia dari Barat menguasai mereka yang lemah (iman) dan ramai terpengaruh dengannya seperti mengikut cara mereka berpakaian, bergaul dan suka berpesta. 17. -Al-Quran dicetak dengan indah tetapi hanya dijadikan perhiasan dan jarang dibaca serta diamalkan kehendaknya. 18. -Amalan riba berleluasa hingga orang alim pun terjebak sama. 19. -Darah manusia tidak berharga, sering berlaku pembunuhan, peperangan dll. 20. -Penganut Islam tidak mahu mengamalkan suruhan agama dan tidak mahu membela serta menyebarkannya. 21. -Akan bertambah banyak penyanyi wanita (wanita yang tidak beriman adalah senjata syaitan yang baik). 22. -Ramai orang kaya pergi umrah dan haji dengan tujuan melancong, yang sederhana pergi untuk berniaga dan yang miskin bermaksud meminta sedekah

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

Entri Populer