Cari Blog Ini

Rabu, 17 Oktober 2012

Inilah 19 hadits rasulullah mengenai wanita


Inilah 19 hadits rasulullah mengenai wanita , Berikut Infonya

1. Doa perempuan lebih makbul
daripada lelaki kerana sifat
penyayangnya yang lebih kuat
daripada lelaki. Ketika ditanya kepada
Rasulullah s.a.w. akan hal tersebut,
jawab Baginda s.a.w., “Ibu lebih
penyayang daripada bapa dan doa
orang yang penyayang tidak akan sia-
sia”.
2. Apabila seseorang perempuan
mengandung janin dalam rahimnya,
maka beristighfarlah para malaikat
untuknya. Allah s.w.t. mencatatkan
baginya setiap hari dengan 1,000
kebajikan dan menghapuskan darinya
1,000 kejahatan.
3. Apabila seseorang perempuan mulai
sakit hendak bersalin, maka Allah
s.w.t. mencatatkan baginya pahala
orang yang berjihad pada jalan Allah
s.w.t.
4. Apabila seseorang perempuan
melahirkan anak, keluarlah dia dari
dosa-dosa seperti keadaan ibunya
melahirkannya.
5. Apabila telah lahir anak lalu
disusui, maka bagi ibu itu setiap satu
tegukan daripada susunya diberi satu
kebajikan.
6. Apabila semalaman ibu tidak tidur
dan memelihara anaknya yang sakit,
maka Allah s.w.t. memberinya pahala
seperti memerdekakan 70 hamba
dengan ikhlas untuk membela agama
Allah s.w.t.
7. Barangsiapa yang menggembirakan
anak perempuannya, darjatnya
seumpama orang yang sentiasa
menangis kerana takutkan Allah s.w.t.
dan orang yang takutkan Allah s.w.t.,
akan diharamkan api neraka ke atas
tubuhnya.
8. Barangsiapa membawa hadiah,
(barang makanan dari pasar ke rumah
lalu diberikan kepada keluarganya,
maka pahalanya seperti bersedekah).
Hendaklah mendahulukan anak
perempuan daripada anak lelaki. Maka
barangsiapa yang menyukakan anak
perempuan seolah-olah dia
memerdekakan anak Nabi Ismail.
9. Tiap perempuan yang menolong
suaminya dalam urusan agama, maka
Allah s.w.t. memasukkan dia ke dalam
syurga lebih dahulu daripada suaminya
(10,000 tahun).
10. Perempuan apabila sembahyang
lima waktu, puasa bulan Ramadhan,
memelihara kehormatannya serta taat
akan suaminya, masuklah dia dari
pintu syurga mana sahaja yang
dikehendaki.
11. Wanita yang solehah (baik) itu
lebih baik daripada 1,000 lelaki yang
soleh.
12. Aisyah berkata, “Aku bertanya
kepada Rasulullah s.a.w, siapakah
yang lebih besar haknya terhadap
wanita? Jawab Rasulullah s.a.w.,
“Suaminya”. “Siapa pula berhak
terhadap lelaki?” Jawab Rasulullah
s.a.w, “Ibunya”.
13. Apabila memanggil akan engkau
dua orang ibubapamu, maka jawablah
panggilan ibumu dahulu.
14. Wanita yang taat akan suaminya,
semua ikan-ikan di laut, burung di
udara, malaikat di langit, matahari dan
bulan semua beristighfar baginya
selama mana dia taat kepada
suaminya serta menjaga sembahyang
dan puasanya.
15. Wanita yang taat berkhidmat
kepada suaminya akan tertutup pintu-
pintu neraka dan terbuka pintu-pintu
syurga. Masuklah dari mana-mana
pintu yang dia kehendaki dengan tidak
dihisab.
16. Syurga itu di bawah tapak kaki
ibu.
17. Wanita yang tinggal bersama
anak-anaknya akan tinggal bersama
aku (Nabi s.a.w) di dalam syurga.
18. Barangsiapa mempunyai tiga anak
perempuan atau tiga saudara
perempuan atau dua anak perempuan
atau dua saudara perempuan lalu dia
bersikap ihsan dalam pergaulan
dengan mereka dan mendidik mereka
dengan penuh rasa takwa serta
bertanggungjawab, maka baginya
syurga.
19. Daripada Aisyah r.a.
“Barangsiapa yang diuji dengan
sesuatu daripada anak-anak
perempuan lalu dia berbuat baik
kepada mereka, maka mereka akan
menjadi penghalang baginya daripada
api neraka.”

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

Entri Populer